Fokus terhadap 1 produk sahaja.

Ini ada FAQ yang menarik. ^_^

Assalamualaikum inche hujan.

Saya Zahir dari Klang.Tulisan tuan di forum carigold,blog & fb berkaitan spiritual,bisnes menarik menarik perhatian saya untuk menghubungi tuan.

Begini,saya bercita2 untuk menambahkan pendapatan melalui internet,dah bertahun cuba buat tapi masih tak menjadi dan untuk tahun ini saya buat keputusan untuk fokus affiliate.

Saya masih keliru cara nak mula.Saya juga ada membeli beberapa ebook teknik copywriting & affiliate tapi masih x dapat ‘tune’ nak buat affiliate.Selain ebook berbayar saya ada juga ebook free cw, affiliate & bisnes dinternet.

Saya rasakan seperti overload informtion brkenaan bisnes diinternet.Tak pasti nak ikut yang mana satu dahulu.

Harap inche hujan dpt membantu dengan memberikan idea2 atau apa2 yang sesuai dengan masalah saya .

Terima kasih

W’salam… Ok situasi yang biasa,

  • 1. Tentukan niche dahulu, ada 3 niche healthy, wealthy, happiness?
  • 2. Sudah dapat, register blog wordpress ..
Then reply email ini. Then saya akan beri tahu, langkah seterusnya dan kenapa ramai orang gagal… Welcome ..  ~ IH ..

Salam IH .

Saya pilih niche wealthy.
Terima kasih.
Ok, tahniah.

1. Blog

+ Tampal kertas A4 dekat dinding.

+ Tulis 30 tajuk untuk artikel blog tu.

+ Selepas tamat 30 artikel.

+ Ulang langkah yang sama untuk next 30 tajuk.

+ Kemudian ulang lagi, sehingga 350 artikel.

+ Jangan fikir fasal sales, jangan fikir apa-apa.

+ Just penuhkan quota 350 artikel.

+ Kemudian teruskan lagi sehingga 700 artikel.

Apa yang berlaku pada masa hadapan.

Automatik tuan akan jadi macam saya.
Akan ada pembaca yang tanya …

~ “Saya sudah beli ebook, join seminar, kenapa masih tak jadi?”..

Tak jadi sebenarnya tak fokus dan buat terlalu banyak kerja.

Dekat sini kita akan cadangkan 1 tajuk sahaja.

Dibawah tajuk itu perlu ada.

1. Blog

>  Ini tuan sudah ada.

2. Database

Soalan untuk tuan,  Pernah kumpul email?
1. Utk 30 tajuk artikel tu apabila siap artikel tu trus post kat blog ker,maknanya setiap hari post kat blog mcmtu ker?
2.Bagaimana nk cari idea untuk menulis.Kelemahan saya bila nak menulis saya akan imagine macam² & sudahnya tak jadi apa².
3.Utk database sy penah buat & skg dah x buat lagi, lari fokus .AR still subscribe lagi & ade beli plugin wordpress (instabuilder) untuk buat squeezepages.
Terima kasih.
1. Lepas sudah siap. set auto post 3-5 kali / week.

2. Takda idea?  Tak perlu idea, just tulis apa yang terlintas, artikel teruk, tak best pun xpa, post sahaja, selepas 150 artikel ++ idea tu akan datang sendiri. Minda akan jadi yakin SELEPAS artikel telah banyak, selagi 150 permulaan tu tak wujud, masalah xkan settle, so, ubat dia, post sahaja any idea yang terlintas.

3. Dah pernah kumpul database tu bagus, sekarang buat target 3,000 permulaan … da siap, squeezepages reply dekat sini ya …

Ini ada tambahan 1 lagi .

Dekat sini kita akan cadangkan 1 tajuk sahaja.
Dibawah tajuk itu perlu ada.

1. Blog

  • Target 150 – 350 – 700

2. Database

  • > Target 300 > 500 > 1k > 2k > 3k

3. 10 Buku/ebuku ..

  • Setiap unit yang tuan beli tu, baca 300x …
Salam ih,ini squeezepages saya
Tq.
Kebiasaan saya akan pesan dekat kawan-kawan macam ni.

Tak salah ada 10 produk / nak buat banyak kerja.

Tapi kalau 1 kerja pun x menjadi > Apa kerja pun xkan menjadi.

Tapi kalau 1 projek sudah menjadi, lain2 semua akan menjadi, sebab ini habit / pattern.

Dalam kes tuan, projek2 bisnes lain semua tinggalkan sementara.

1. Blog

  • + Fokus buat 150 > 350 artikel > 700 artikel.

2. Database pelanggan

  • + Fokus kumpul 3,000 …

3. 10 Buku/ebuku selling

  • + Setiap 1 buku, baca 300x kali …
  • + Selagi belum sampai 350 artikel, jangan fikir fasal sales ok.
  • + Selagi belum sampai 3,000 database, also jangan fikir fasal sales.

Blog n database n knowledge = Instrument.

Jangan fokus dekat sales, tapi fokus dekat instrument.

Sales adalah automatik / hasil dari instrument.

Ok ih,so skg kerja saya fokus pada instrument=

Blog + Database + Knowledge.
Bab database tu,maknanye skg ni sy x perlu set emel follow up 3,5,7 kali spt yg otai² im ceritakan?
Untuk membaca buku 300x tu ada teknik atau apa² tip untuk capai target tu.
Terima kasih.
1. Blog

+ 1 minggu 3-4 post.
+ maintain 2 tahun.

+ tahun ke 3.
+ 2 post / week.

+ tahun ke 4 dan seterusnya.
+ maintain 1 post / week.

+ artikel konsisten + unik.
+ berkaitan dengan algorithm google.

2. Database

+ email 3-5-7 kali.
+ ini untuk player lama.

+ mereka sudah ada experience/tune & nama/branding.
+ jadi, mereka ada tune macam mana nak buat duit.

+ player baru, perlu bina > kenal + suka + percaya.
+ dia akan makan masa 3-4 bulan / 4-8 bulan.

+ so kena bina kepercayaan dahulu.
+ buat email 4 bulan pertama.

+ rule dia sama.
+ 3-4 hari / email.

+ just kembangkan database berterusan.
+ just hantar value info berterusan.

+ baru email tu akan menjadi.
+ player baru mungkin perlu 1,500 – 3,000 baru menjadi.

3. Buku/ebuku

+ Ada bajet beli 3 buku / month.
+ If not, just 1 buku / munth da cukup.

+ Perkara paling penting ialah berterusan.
+ Minda perlu terima idea baru setiap bulan.

+ Baru state of mind / wave terbentuk.
+ Selagi state of mind / wave xda, duit akan susah nak masuk.

+ Just berterusan belajar setiap bulan.
+ Lama2 state if mind itu akan terbentuk.

+ Tujuan kita berterusan belajar ialah untuk bina wave tu.
+ Bila wave minda sudah terbentuk, baru sales jadi lancar.

+ Kunci dia, just berterusan tambah ilmu.
+ Automatik wave akan terbentuk, sales akan lancar.

~ IH

Ok ih,terima kasih kongsikan info & panduan.

Pada saya info² dari ih ni lain macam la,sepanjang saya gi seminar & beli ebook ,mcm x de disampaikn info² sebegini. Ataupun mungkin juga saya yang tak tumpu perhatian & tak mencari ilmu. Kali pertama baca post ih kat carigold dah “terasa kena kat batang hidung” saya ha ha. Sekarang saya follow blog & fb ih supaya saya x lari fokus lagi he he. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan krn membantu saya merungkai permasalahan.

Info ini perlu dibayar dengan pastikan bisnes tu berjaya.

Ok, welcome…  ^_^

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.