Penulisan yang menarik wang: Intro

e0b10f5877537a694359b1a423df0175

Pendahuluan

Adakah anda mempunyai kemahiran membaca fikiran?

Bagaimana jika dinyatakan anda sebenarnya sangat pandai membaca fikiran orang lain, dan anda telah pun melakukannya setiap hari, bukan itu sahaja orang lain juga telah membaca fikiran anda tiap-tiap hari. 

Melalui lirik ini membuatkan Bing Crosby terkenal di seluruh dunia,

-“You Don’t Need to Know the Language to Say You’re in Love”…

Ini bermaksud anda tidak perlu menggunakan perkataan untuk menyatakan rasa cinta, siapa yang pernah jatuh cinta tahu apa ertinya.

Dan dengan sendirinya kita tidak perlu orang beritahu dengan perkataan, sebaliknya hanya dengan melihat keadaan (body language) kita sudah tahu apa ertinya,

– “Saya bersimpati kepada kamu”…
– “Saya tidak senang kepada kamu”…
– “Saya menganggap anda penting”…
– “Saya iri hati kepada kamu”…

Anda tidak perlu menggunakan kata-kata untuk menjelaskan perkara di bawah,

– “Saya menyukai pekerjaan saya”…
– “Saya bosan dengan pekerjaan ini”…
– “Saya lapar”…

Ketahuilah,

– “Perbuatan itu Cermin fikiran”…

Anda boleh membaca fikiran orang yang duduk setentang dengan meja itu.

Anda melihat, membuat persepsi, mengamati, wajah, body language, dan sikapnya terhadap pekerjaannya.

Anda boleh membaca fikiran,

– Jurujual
– Mahasiswa
– Suami isteri
– Pekerja
– Rakan-rakan
– Jiran-jiran setempat

Anda tidak hanya boleh, tetapi telah melakukannya tiap-tiap hari di sepanjang perjalanan hidup ini.

Sikap tidak hanya “kelihatan” tetapi juga “terdengar”.

Seorang setiausaha berbuat lebih daripada apabila menyebut nama bosnya.

– “Selamat pagi, pejabat Tuan Ahmad di sini”.

Dia seolah-olah menyatakan,

– “Saya anggap tetamu itu penting, saya senang anda hubungi kami, saya suka pekerjaan ini”.

Apabila setiausaha lain menyatakan semasa menjawab telefon kita dapat baca fikirannya seperti,

– “Anda menganggu saya, sebaik-baiknya anda tidak menelefon saya, saya bosan dengan pekerjaan ini, saya tidak menyukai orang-orang yang menganggu kerja-kerja saya”…

Dalam hidup ini kita sering membaca fikiran orang melalui wajah, tonasi, dan gaya bahasanya.

Dalam hidup ini kita sering membaca fikiran orang melalui wajah, tonasi, dan gaya bahasa.

Perkara ini pula adalah sangat baharu kerana berjuta-juta tahun dahulu manusia berkomunikasi dengan menggertak, berteriak, tertawa dan menangis.

Ya, bertahun-tahun lamanya manusia berkomunikasi dengan gerak wajahnya, tangan, serta suara, bukan kata-kata.

Dan sehingga kini kita boleh faham kaedah komunikasi universal ini.

Selama ini kita menggunakan komunikasi gerak badan dengan anak-anak kecil melalui gerak-geri badan, kesan wajah, serta nada suara.

Dan anak-anak itu “pandai” memahami “bahasa” itu.

Professor Erwin H. Schell berkata,

– “Terang, bahawa diperlukan bukan hanya kemampuan dan fasiliti untuk melaksanakan sesuatu dengan baik. Saya makin yakin bahawan faktor hubungan, unsur yang mempercepatkan proses, boleh dirumuskan
dengan 1 perkataan iaitu, sikap/semangat”…

Jika semangat kita kuat, kemampuan kita untuk mencapai hasil setinggi-tingginya dapat dicapai.

– Jurujual dengan semangat yang tinggi akan mendapat pesanan-pesanan.
– Mahasiswa dengan semangat tinggi, akan mendapat angka yang tinggi.
– Semangat yang baik, akan mengekalkan keharmonian rumah tangga.
– Dengan semangat dan sikap yang baik, anda akan berjaya dalam pergaulan, dan memungkinkan anda menjadi pemimpin.

Semangat yang kuat, akan membuatkan anda berjaya dalam apa sahaja bidang, oleh sebab itu jadikanlah alat-alat di bawah untuk membantu mencapai abundance dalam hidup ini.

Saya Aktif + Awak Penting + Beri Dahulu = Abundance!

Adaptasi daripada:

– The Magic of Thinking Big
– David J. Schwartz

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.